Monday, November 30, 2009

Vacancy: Financial Consultant

7 hari lepas,
senyum sampai ke telinga bila dapat lihat digit-digit 'meriah' di atm

selepas 7 hari,
muka 'sebek' sebab 70% dari gaji dah habis

T______________T

habis bayar benda berikut :
1. ansuran kereta
2. ansuran rumah
3. pampers & susu anak
4. simpanan asb
5. insurans
6. ssn

tipu

1. aku tak ada kereta sendiri
2. aku tak ada rumah sendiri
3. aku tak kawen lagi
4, 5, 6 . semua pun tak ada

ada siapa-siapa mahu isi jawatan kosong tu?tanpa bayaran?boley?

Sunday, November 29, 2009

cuti sekolah = kenduri kawen

dah sinonim sangat, asal cuti sekolah semua mau kawen

aku dah la malas pergi kenduri-kenduri neh

tapi tahun ni banyak plak kenduri yang aku pergi *banyakla sangat,padahal dua je kot,banyaklaaa,lebih dari satu* sebab kawan-kawan seangkatan yang kawen, tak pergi dengan alasan malas, maunye kena cepuk+makan kasut aku nanti

dalam dua hari ni, ada la pakcik-pakcik+makcik-makcik datang nak jemput kenduri, asal dorang datang je, mama+bapak aku tak ada. jadinya, muka aku ni la yang pakai baju kelawar sampai petang ni yang sambut tetamu dengan muka macam tak mandi+sanggul tinggi ala-ala ibu-ibu berpantang, mesti dalam hati pakcik-pakcik+makcik-makcik ni, "patutla anak dara dorang ni tak kawen-kawen..." heh?, kecik hati tau. *padahal perasaan sendiri tu* haha.

kalau aku yang terima kad tu, tapi aku tak bukak kad tu, tak tahu bila tarikh+tempat kenduri.
so kalau aku tak pergi kenduri tu, kira berdosa ke tak?

Friday, November 27, 2009

3 baju lubang dan dilubangkan dalam masa 3 bulan

pagi raya puasa - satu baju berlubang

pagi sebelum kenduri midah - satu baju lagi berlubang

pagi raya haji - satu baju lagi-lagi berlubang


3 baju dalam masa 3 bulan
fobia dengan iron buat sementara waktu.

T____T